18 Dec 2009

PERUTUSAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 oleh KPPM


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.

Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Web SMK Mutiara akan dilancarkan tidak lama lagi....

SMK Mutiara sekali lagi akan mengorak langkah ke arah Pembestarian Sekolah.


http://www.smkmutiara.net/ (mula 1.1.2010)

16 Dec 2009

Guru jadi kerani di sekolah?

SAYA merujuk maklum balas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Md. Dom terhadap tulisan saya di Forum Utusan Malaysia yang bertajuk Erti Sebenar Guru Cemerlang.

Pengetua, Guru Besar diberi kuasa

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Pengetua dan guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat mana-mana guru pada masa akan datang.

Guru bukan sekadar mendidik

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada surat dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia 3 Disember 2009 bertajuk Fokus pada mengajar murid-murid, bukan buat kerja pentadbiran: Erti sebenar guru cemerlang.

12 Dec 2009

FORMULA 10 + 2 BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

FORMULA 10 + 2
BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Jun 2009 telah membuat keputusan bahawa mulai tahun 2010 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan untuk mengambil maksimum 10 mata pelajaran kecuali murid-murid aliran agama sains yang boleh mengambil 11 mata pelajaran sehingga tahun 2010 sahaja.

Kaji hadkan ambil subjek SPM - TPM

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA - Kecenderungan pelajar-pelajar pintar yang sanggup mengambil sehingga 20 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mungkin akan berakhir.

11 Dec 2009

Guru Berpindah Disember 2009

Pada Disember 2009, setakat ini seramai 12 orang guru SMK Mutiara akan berpindah dari W.P. Labuan ke tempat baru masing2. Antaranya ialah En. Rozrin, Pn. Haryanie, Pn. Sarizatul, Pn. Latipah, Pn. Sanra, Pn. Nonati, En. Dizam, Sh. Rhaudah, Syakriah, Hamidun dan En. Azlin. Jasa-jasa mereka di SMK Mutiara terlalu banyak. Kami warga SMK Mutiara mengucapkan Jutaan terima kasih di atas pengorbanan yg mereka berikan.
Jasamu tetap kami kenang.....


Pendaftaran Form 5 - 2010

Pendaftaran pelajar tingkatan 5 bagi sesi 2010 telah diadakan lebih awal. Ia dilakukan untuk memberi laluan kpd proses p&p yang akan bermula pada hari pertama persekolahan (5 Januari 2010). Para pelajar ting.5 telah mendaftar sesi 2010 pd 11 November 2009 yg lalu. Para pelajar jg telah diberi buku teks lebih awal spy dpt membuat persiapan menghadapi tahun 2010 akan datang.