5 Mar 2010

UJIAN BULAN MAC


Selamat menghadapi ujian Bulan Mac untuk semua pelajar SMK Mutiara...cikgu sentiasa mendoakan kecemerlangan kamu semua...berikan markah-markah yang boleh membanggakan cikgu dan ibu bapa kamu semua...

Selamat Maju Jaya semuanya...

2 Feb 2010

Permulaan Sukan SMK Mutiara 2010


Langkah pertama sudah berlaku,acara sukan sedang giat diusahakan.
Guru-guru dan pelajar bertungkus-lumus untuk memastikan rumah sukan masing-masing menjuarai kejohanan pada tahun ini.
Guru-guru sanggup berpanas semata-mata untuk melancarkan aktiviti tahunan ini.
Tidak ketinggalan,di bantu oleh pelajar-pelajar yang lebih dikenali sebagai 'Quatermaster'.














Antara acara yang dipertandingkan pada 2 Februari ini.

29 Jan 2010

KURSUS BLOG TING. 4 (ICT)

Januari 29,2010

Kelas Ting. 4 CST telah menjalani kursus blog yang di pimpin oleh Cikgu Mahazi dan di latih/ajar oleh Cikgu Ivy Lee.Seramai 10 pelajar telah menyertai kursus tersebut di Makmal Komputer sekolah.
Pelajar memberi 100 peratus tumpuan semasa penerangan tentang membuat blog oleh Cikgu Ivy Lee

Cikgu Ivy Lee yang bekerjasama menjayakan Kursus Blog Ting. 4 CST.

Cikgu Mahazi yang memberikan tunjuk ajar kepada pelajar tentang blog.

Hasilnya,10 pelajar yang menyertai kursus ini telah berjaya membuat blog mereka sendiri dengan bantuan Cikgu Mahazi dan Cikgu Ivy Lee.Taniah kepada semua yang terlibat!!

26 Jan 2010


Majlis Perlancaran Sekolah Berprosedur di JPWPL 2.30 petang tadi, Pengetua dan Pengarah JPWPL sedang menanda tangani Surat Perlancaran untuk SMK Mutiara melaksanakan Sekolah Berprosedur....
Apa-apa sahaja yang mendatang, kita (saya, semua guru dan semua pelajar SMK Mutiara) akan harungi bersama demi untuk kejayaan dan kecemerlangan sekolah...

25 Jan 2010

Pertauliahan Jawatan penting di SMK Mutiara

Januari 25 2010 bersamaan pada hari Isnin,
pihak sekolah telah mengadakan Majlis Pertauliahan bagi Pembimbing Rakan Sebaya(PRS),Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.

Alhamdulillah,
majlis berlangsung dengar baik dan majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh pengawas sekolah yang di pimpin  oleh ketua pengawas 2010.

Barisan tertinggi pengawas sekolah bersama Yang berusaha,Puan Pengetua dan Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid

Puan Wan yang memimpin dan menasihati semua Pembimbing Rakan Sekolah dan pelajar-pelajar SMK Mutiara.

Salah seorang pengawas pusat sumber sekolah,Ily Izdihar Bin Ismail.Ily Izdihar juga adalah pelajar cemerlang PMR tahun 2009 bagi SMK Mutiara dengan keputusan 8A.


21 Jan 2010

Wakil Pelajar Tahun 2010

Persoalan sudah terjawab,setelah diumumkan bahawa Nur Falina Binti Kassim telah di beri tanggungjawab untuk memikul jawatan sebagai Ketua Pelajar/Ketua pengawas/Wakil Pelajar bagi tahun 2010.
Penampilan diri beliau,yang dapat memuaskan hati semua guru dan pelajar.

Harapan wakil pelajar tahun ini adalah,semua pengawas dapat memberi kerjasama dalam semua aspek.(semasa perjumpaan pengawas)

15 Jan 2010




Untuk semua Pelajar Tingkatan Empat yang telah berjaya menamatkan kursus Orientasi Tingkatan 4,
Selamat Belajar di SMK Mutiara!!!!

18 Dec 2009

PERUTUSAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 oleh KPPM


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.

Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Web SMK Mutiara akan dilancarkan tidak lama lagi....

SMK Mutiara sekali lagi akan mengorak langkah ke arah Pembestarian Sekolah.


http://www.smkmutiara.net/ (mula 1.1.2010)

16 Dec 2009

Guru jadi kerani di sekolah?

SAYA merujuk maklum balas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Md. Dom terhadap tulisan saya di Forum Utusan Malaysia yang bertajuk Erti Sebenar Guru Cemerlang.